Sunday 31 July 2011

Ramadhan

⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥





Assala'mualaikum wrt wbt...
 Salam sejahtera dan Salam kemesraan buat semua...
 Sudah masuk kita bulan Ramadhan,
bulan penuh keberkatan ini..Kata Nabi kita kalau buat baik dalam bulan ni,ganjaran pahalanya diganda dari sepuluh ke 700 kali.....Banyak tu!!Alahai ruginya kalau siapa yang tak rebut peluang ni.Tapi nak buat apa yea untuk nak tambah pahala ? Ha,dalam blog ni saya perturunkan ilmu..Jangan baca saja,kenalah buat sama...


Satu lagi saya nak cerita.Bulan puasa ni bukan kita tahan diri dari makan minum saja.Lidah pun kena jaga,mata pun nak kena pelihara,telinga pun nak tengok-tengok juga buat apa..Malah semua anggota kena diteliti peranannya.Peranan apa ?


Kalau selama ni umpamanya,mulut sibuk bawa cerita ( mengumpat ) atau berbicara perkara sia-sia,bulan ni kena la tukar topiknya,kalau tak boleh baca Al-Quran eloknya diam saja.dapat juga pahala.Kalau mata asyik menengok benda yang tak ada faedahnya,bulan ni kena carilah perkara yang boleh menjernihkan mata,pelihara dari buat dosa.Macam tu jugalah yang lain-lainnya..Semua kena control.Pokoknya nak perbanyak pahala.Mudah-mudahan Allah pandang kita dengan pandangan rahmat darinya..


                 Moga amalan ini berterusan pada bulan-bulan selepas ini...Ramadan untuk latih diri kita jadi baik sepanjang masa,bukan dalam waktu ni saja...nak ingatkan diri saya juga...




Wallahua'lam..... 






HIKMAT & KELEBIHAN RAMADHAN




  • Ketibaan Ramadhan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan dirantai.Setiap kebaikan yang dilakukan dibalas dengan pahala yang berganda-ganda
  • Adanya malam Nuzul Quran ( 27 Ramadhan ) iaitu malam diturun al-Quran dari langit ke dunia sebagai pedoman hidup manusia
  • Hadirnya Lailatul Qadar,malam penuh keberkatan yang lebih baik daripada 1000 bulan ( 83 tahun 3 bulan )Siapa yang beribadah pada malam itu.seolah dia beribadah seluruh hidupnya dan siapa yang berdoa,akan makbul doanya.
  • Ada ibadat solat tarawih yang khusus pada bulan ini sahaja
  • Umat Islam seluruh dunia serentak berpuasa dalam satu masa tertentu.Melambangkan kesatuan hati mengabadikan diri kepada Tuhan yang satu.
  • Semua golongan,kaya atau miskin menempuh ujian yang sama.Dengan itu timbul keinsafan,kasih mengasihi dan timbang rasa sesama umat.
  • Jiwa yang berpuasa melahirkan insan yang taat pada Allah.Oleh itu timbul ketenangan jiwa dan ketaqwaan.
  • Dari segi kesihatan.perut dalam dibersihkan dan beberapa penyakit dapat diatasi.
  • Allah lebih sayang orang berpuasa.Dosa-dosa kecil terhapus.
          
                                               Nabi saw bersabda:

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan,dimana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan,menurunkan rahmat,mengampuni dosa-dosa kamu,memakbulkan doa-doa kamu,melihat diatas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat - malakat.Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu.Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan rahmat Allah pada bulan ini"




AMALAN-AMALAN UTAMA DALAM BULAN RAMADHAN




  • Berpuasa dengan sesungguh hati....Jaga diri dari makan minum dan jaga pancaindera dari perbuatan dosa dan sia-sia
  • Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat sunat( terawih,tahajjud dan sebagainya )
  • Beriktikaf ( menetap di dalam masjid dengan niat ibadah )
  • Menggiatkan ibadah di sepuluh malam terakhir Ramadhan.
  • Mencari malam al-Qadar ( lailatul qadar ) yang lebih baik dari seribu bulan,Siapa yang beribadah pada waktu itu seolah olah dia beribadat sepanjang hayatnya dan jika dia berdoa pada  ketika itu maka makbul doanya..
  • Memperbanyakkan amalan bersedekah



                     Tingkat Puasa

PUASA UMUM --Puasa dengan menahan diri dari makan minum dan perkara yang membatalkan puasa..

PUASA KHUSUS -- Puasa sebagaimana di atas,ditambah dengan menahan pendengaran,penglihatan.lidah.tangan.kaki dan lain-lain anggota badan dari segala perbutaan dosa.

PUASA KHUSUS YANG LEBIH KHUSUS -- Iaitu puasa hati,yakni menahan diri  dari perkara yang remeh,keduniaan dan pendeknya menahan diri dari mengingati sesuatu selain Allah.

Saturday 30 July 2011

Stationery

                S.A Maideen & Sons Sdn Bhd
    ( pembekal Alat-Alatulis kertas,pencetak dan pembekal kerajaan)

No.40,Jalan Ipoh.51200 Kuala Lumpur
Tel:03-40457350 ( Hunting Line )
Fax:03-40427351
Email: samas@tm.net.my